Monday, August 3, 2009

H1N1

berita pasal penularan h1n1 ni dah beberapa bulan kedengaran. tetapi bila kes h1n1 mula dikesan di kawasan saya ia amat menakutkan. Bayangkan semua sekolah menengah di daerah saya terpaksa ditutup gara-gara h1n1.Terfikir dek minda juga kenapa wabak ini berlaku dengan pantas sekali. saya terpikir mungkin ini bala yang diturunkan kepada manusia supaya kita sentiasa ingat kepadaNya. Kenapa harus BABI ? mungkin babi dipilih kerana babi adalah sehina-hina haiwan tapi tahlah. Bercerita pasal h1n1 ini saya merasa amat takut memandangkan sudah ada 5 orang students saya sah positif h1n1 dan cuti sekolah disambung lagi. Kalu dok ikutkan saya dah cuti 3 minggu. seminggu saya demam teruk, 1 minggu kuarantin tuk cek samaada positif dan satu minggu cuti sebab bebudak dah positif. kesian pun ada tapi nak buat macam mana berdoa sajalah.Di kawasan saya ni macam2 dah berlaku. serasa saya macam bala yang bertimpa-timpa.sebagai contohnya keadaan cuaca yang amat2 panas sehinggakan pakai kipas pun tak rasa, dahaga yang melampau, peluh menitik2. satu lagi air pula yang takde. nasib baik ada air tangki. So bergantung pada tangki tu ajelah. Cuaca lak dah la kering jerebu pula. Tuhan saja yg tahu. Jerebu ni angkara manusia. kenapa la diaorg tak faham2.dibakarnya hutan tu. payah betul nak ajar moral kat diaorg .payah2.Cerita pasal cuti pulak. saya ni kira dah tak lalu dah nak bercuti. tidur, bangun, makan, tidur dan tidur dan tidurrrrrrrrrrrrrr. Penatnye tidur.bila la diaorang nak panggil p kerja. Apa2 pun saya mohon pada semua ,jika ada ruang dalam doa 2anda selepas solat tu selitkan lah doa supaya Allah jauhkan bala ini dan hapuskan h1n1 ini. Insyaallah dengan doa ini diharap tuhan akan tarik balik wabak ini .Selamat bercuti buat rakan-rakan yang dapat cuti sebab h1n1. nasihat saya sebagai penjawat awam seharusnya kita kena patuh pada arahan. jangan keluar dari kawasan anda sebab anda akan dipanggil berkhidmat pada bila 2 masa. so hapi holiday dan jaga diri anda dari wabak h1n1 ini. peace no war.out

Saturday, August 1, 2009

BeSTNYER RAFTING.....

Alhamdulillah , seperti yg dirancang saya dan 8 lagi teman2 saya telah berangkat ke sabah bagi menyertai aktiviti rafting di sungai padas. Macam2 tergambar di fikiran saya. Apatah lagi salah seorang dari group kami menarik diri dari aktiviti ini kerana menerima pelbagai cerita negatif yang sedikit sebanyak menggugat juga tujuan kami kesana. Namun kami ber9 tekad ke Tenom demi membuktikan aktiviti ini tidaklah bahaya sangat dan yang penting inya sangatlah menyeronokkan. kami dijemput dari tempat penginapan tepat jam 8 pagi . Dengan menaiki van kami dibawa ke Tenom. Perjalanan 3 jam tidak terasa kerana kami dihidangkan dengan keindahan Banjaran Croker yang tidak pernah dilihat.Indahnya banjaran tersebut. Sesampai di Tenom kami dibawa ke landasan kereta api. Ingatkan nak naik kereta api rupa-rupanya kami perlu menaiki troli yang akan ditolak oleh bebarapa orang untuk sampai ke pinggir sungai padas. masa yang diambil ialah 45 minit. Mungkin anda tidak dapat bayangkan bagaimana rasanya menaiki troli papan yang ditolak di atas landasan keretapi. Mula2 sungguh takut kerana saya yang duduk paling depan. manalah tahu kot2 ada batu yang melantun. Tapi akhirnya saya merasakan ianya suatu yang amat menyeronokkan kerana tidak mungkin saya akan dapat pengalaman itu ditempat lain. Naik kebas rasanya kaki dan tulang2 rasa cam nak tanggal aje. Tapi apa boleh buat. Kami terpaksa menaiki troli tersebut memandangkan perkhidmatan keretapi tidak dapat digunakan kerana kemalangan.Sepanjang landasan keretapi itu , saya dapat lihat pelbagai keajaiban ciptaan tuhan. Syukur Alhamdulilllah. Batu-batuan yang berada disitu sangat cantik dengan pelbagai warna dan kadang2 tidak terfikir oleh akan macamana batu tersebut terbentuk. Indahnya.....Sampai di pinggir sungai kami diberi taklimat oleh tourist guard kami tentang keselamatan di Sg Padas memandangkan ianya satu aktiviti ekstream. Bermula jam 2 petang kami dibawa kesungai. bermulalah perjalanan yang sungguh menakjubkan. kami terpaksa melalui 12 jeram yang mana 6 daripadanya adalah jeram besar yang diberi dengan pelbagai mana. antaranya head hunter, king cobra, scoobeedoo, washing mechine,merry go round dan banyak lagi. Bestnya tak terkata walaupun rakit kami hampir terbalik. Nasib baik kami mempunyai guard yang mantap iaitu encik Andy. Thanks a lot sebab bantu kami mengendali rakit. Kami berakit selama 3 jam dan sampai di stesen keretapi. kami menaiki kereta api yang kami anggap macam keretapi zaman jepun agaknye kerana kepala kita akan bergoyang-goyang dengan kuatnya . Rasa macam nak muntah aje tapi sangat menyerokkan. kami tiba di Beaufort jam 7 malam dan apa yang menarik keretapi yang kami naiki telah mengheret sebuah kereta kancil. Nasib baik pemandu kereta kancil tersebut tidak cedera,. Kami dibawa pula ke k.kinabalu dengan menaiki van. sampai di hotel jam 9 malam.seronoknya percutian ini . apa yang pasti balik saja dari k.kinabalu saya demam dan mc 1 minggu. mungkin letih tapi yang pasti pengalaman rafting di sg padas tidak mungkin saya lupakan. kepada semua saya mengajak anda semua untuk sama2 merasai pengalaman rafting di sg padas. pergilah bercuti. zoom malaysia banyak tempat untuk dilawati banyak lagi untuk diterokai. eace no war

Wednesday, July 8, 2009

PEMANSUHAN PPSMI

Isu pemansuhan ppsmi cukup menarik minat saya untuk saya memberikan pendapat secara peribadi. Seperti yang diketahui umum, kerajaan telah mengumumkan pemansuhan PPSMI kuatkuasa 2012. mungkin ini adalah antara keputusan yang ditunggu oleh sesetengah pihak namun ada sesetengah pihak pula mengaharapkan sebaliknya. apa yang pasti setiap keputusan yang dibuat ada pro dan kontranya. pada pandangan saya PPSMI ini adalah suatu yang baik tambahan pula dengan adanya program ini kita telah menggalakkan pelajar untuk belajar bahasa inggeris yang mana ia penting buat masa kini. Saya sebagai guru juga merasa sedih dengan pemansuhan ini kerana dengan adanya PPSMI ini saya juga sebenarnya telah belajar mempertingkatkan lagi penguasaan saya dalam bahasa inggeris. Namun bila difikirkan tentang pencapaian pelajar, saya merasakan PPSMI lebih baik dimansuhkan kerana saya telah melihat sendiri hasilnya setelah hampir lima tahun saya mengajar matematik, harapan untuk melihat pelajar lulus pun agak sukar. apatah lagi saya ditempatkan di sebuah sekolah luar bandar yang secara telusnya saya katakan minat belajar pelajar pun agak kurang. Untuk menguasai bahasa inggeris agak sukar memandangkan bahasa melayu pun sukar untuk dituturkan dengan baik. kebanyakkan daripada pelajar saya lebih kepada berbahasa ibunda mereka"IBAN".Namun, kita tidak boleh salahkan pelajar juga kerana mungkin persekitaran hidup yang saya lihat tidak banyak menyokong usaha mereka untuk belajar.Apabila saya memasuki kelas hari ini ramai pelajar saya berasa gembira dengan pemansuhan PPSMI ini.Apa yang pasti saya katakan pada mereka, "Tidak kiralah bahasa apa yang digunakan bagi menuntut ilmu, yg perlu kamu lakukan adalah terus berusaha mencapai apa yang terbaik dalam hidup kamu". Doa saya dengan pemansuhan ini pelajar saya dapat meningkatkan lagi prestasi mereka dalam Matematik

Monday, July 6, 2009

percutian di langkawi


Pulau Langkawi adalah sebuah pulau yang begitu indah sekali. Oleh sebab itulah saya bersama kawan-kawan telah memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi percutian kami pada cuti bulan Mei yang lalu. Apa yang menariknya saya boleh bersiar-siar dengan kereta yang disewa pada harga yang cukup murah. Walaupun percutian tersebut adalah "percutian badget" tapi saya merasa puas. Tempat yang paling best sekali adalah di kereta kebel. Bestnya tak terucap. Tapi awas bagi mereka yang gayat saya nasihatkan tidak perlu naiklah. Apabila menaiki kereta kebel, anda akan dapat melihat gugusan pulau-pulau di langkawi. Allah hu akbar, indah betul ciptaan Allah. Bagi anda yang belu sampai kesana, pergilah. CUTI_CUTI MALAYSIA. banyak yang perlu dilawati banyak lagi yang perlu diterokai. peace no war

tak sabarnya

tinggal seminggu lagi, saya dan kawan-kawan akan bertolak ke tenom untuk menyertai aktiviti rafting di sungai padas. Ini antara aktiviti extream yang tidak pernah saya lakukan namun bila melihat ada rakan-rakan yang pergi kesana, saya telah m,enyimpan impian untuk ke sana juga. Jika kita melayari internet, banyak yang saya tahu tentang sungai padas dimana tahap rapidnya adalah tahap 3 dan 4 dimana ia memerlukan kemahiran untuk mengemudi nanti. tapi takpelah saya akan cuba dan saya mengharapkan ianya satu percutian yang amat menyeronokkan nanti

Saturday, July 4, 2009

HARI KELUARGA SMK SUAI 2009

sambutan hari keluarga tahun ini memang berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya. apa yang pasti ia adalah pengalaman yang amat menyeronokkan kepada semua warga kerja di smk suai. tahun ini sambutan hari keluarga di buat di borneo tropikal rainforest resort, lambir, miri. terima kasih kepada ajk hari keluarga atas percutian yang amat menyeronokkan.

ISTIMEWANYA SMK SUAI

Mungkin ramai yang tidak mengenali Smk suai. Smk suai adalah sebuah sekolah yang terletak diluar bandar miri iaitu kira-kira 76km dari Bandaraya Miri. Walaupun jauh diluar bandar dan serba kekurangan saya amat gembira ditempatkan disebuah daerah yang dulunya saya tidak pernah terfikir untuk sampai ke sini. Sebagai seorang warga smk suai saya merasa begitu berbangga dan bersyukur kerana dipostingkan ke sekolah ini. Mungkin ramai yang hairan tapi itulah hakikatnya saya begitu berbangga dengan smk suai. Mungkin disini saya banyak belajar tentang hidup yang mana mungkin saya tidak dapat di tempat lain. Dengan majoriti penduduknya berbangsa Iban, saya cuba menyelami cara hidup, budaya, makanan dan banyak lagi. betul kata orang jauh perjalanan luas pemandangan. itulah istimewanya SMK suai. Setelah 5 tahun bertugas disekolah ini, banyak pengalaman manis yang diperolehi . terima kasih buat pihak pentadbir sekolah, rakan-rakan seperjuangan serta bekas -bekas pelajar serta pelajar smk suai kerana memberikan kenangan terindah buat saya.