Wednesday, July 8, 2009
PEMANSUHAN PPSMI
Isu pemansuhan ppsmi cukup menarik minat saya untuk saya memberikan pendapat secara peribadi. Seperti yang diketahui umum, kerajaan telah mengumumkan pemansuhan PPSMI kuatkuasa 2012. mungkin ini adalah antara keputusan yang ditunggu oleh sesetengah pihak namun ada sesetengah pihak pula mengaharapkan sebaliknya. apa yang pasti setiap keputusan yang dibuat ada pro dan kontranya. pada pandangan saya PPSMI ini adalah suatu yang baik tambahan pula dengan adanya program ini kita telah menggalakkan pelajar untuk belajar bahasa inggeris yang mana ia penting buat masa kini. Saya sebagai guru juga merasa sedih dengan pemansuhan ini kerana dengan adanya PPSMI ini saya juga sebenarnya telah belajar mempertingkatkan lagi penguasaan saya dalam bahasa inggeris. Namun bila difikirkan tentang pencapaian pelajar, saya merasakan PPSMI lebih baik dimansuhkan kerana saya telah melihat sendiri hasilnya setelah hampir lima tahun saya mengajar matematik, harapan untuk melihat pelajar lulus pun agak sukar. apatah lagi saya ditempatkan di sebuah sekolah luar bandar yang secara telusnya saya katakan minat belajar pelajar pun agak kurang. Untuk menguasai bahasa inggeris agak sukar memandangkan bahasa melayu pun sukar untuk dituturkan dengan baik. kebanyakkan daripada pelajar saya lebih kepada berbahasa ibunda mereka"IBAN".Namun, kita tidak boleh salahkan pelajar juga kerana mungkin persekitaran hidup yang saya lihat tidak banyak menyokong usaha mereka untuk belajar.Apabila saya memasuki kelas hari ini ramai pelajar saya berasa gembira dengan pemansuhan PPSMI ini.Apa yang pasti saya katakan pada mereka, "Tidak kiralah bahasa apa yang digunakan bagi menuntut ilmu, yg perlu kamu lakukan adalah terus berusaha mencapai apa yang terbaik dalam hidup kamu". Doa saya dengan pemansuhan ini pelajar saya dapat meningkatkan lagi prestasi mereka dalam Matematik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment