Wednesday, July 8, 2009
PEMANSUHAN PPSMI
Isu pemansuhan ppsmi cukup menarik minat saya untuk saya memberikan pendapat secara peribadi. Seperti yang diketahui umum, kerajaan telah mengumumkan pemansuhan PPSMI kuatkuasa 2012. mungkin ini adalah antara keputusan yang ditunggu oleh sesetengah pihak namun ada sesetengah pihak pula mengaharapkan sebaliknya. apa yang pasti setiap keputusan yang dibuat ada pro dan kontranya. pada pandangan saya PPSMI ini adalah suatu yang baik tambahan pula dengan adanya program ini kita telah menggalakkan pelajar untuk belajar bahasa inggeris yang mana ia penting buat masa kini. Saya sebagai guru juga merasa sedih dengan pemansuhan ini kerana dengan adanya PPSMI ini saya juga sebenarnya telah belajar mempertingkatkan lagi penguasaan saya dalam bahasa inggeris. Namun bila difikirkan tentang pencapaian pelajar, saya merasakan PPSMI lebih baik dimansuhkan kerana saya telah melihat sendiri hasilnya setelah hampir lima tahun saya mengajar matematik, harapan untuk melihat pelajar lulus pun agak sukar. apatah lagi saya ditempatkan di sebuah sekolah luar bandar yang secara telusnya saya katakan minat belajar pelajar pun agak kurang. Untuk menguasai bahasa inggeris agak sukar memandangkan bahasa melayu pun sukar untuk dituturkan dengan baik. kebanyakkan daripada pelajar saya lebih kepada berbahasa ibunda mereka"IBAN".Namun, kita tidak boleh salahkan pelajar juga kerana mungkin persekitaran hidup yang saya lihat tidak banyak menyokong usaha mereka untuk belajar.Apabila saya memasuki kelas hari ini ramai pelajar saya berasa gembira dengan pemansuhan PPSMI ini.Apa yang pasti saya katakan pada mereka, "Tidak kiralah bahasa apa yang digunakan bagi menuntut ilmu, yg perlu kamu lakukan adalah terus berusaha mencapai apa yang terbaik dalam hidup kamu". Doa saya dengan pemansuhan ini pelajar saya dapat meningkatkan lagi prestasi mereka dalam Matematik
Monday, July 6, 2009
percutian di langkawi
Pulau Langkawi adalah sebuah pulau yang begitu indah sekali. Oleh sebab itulah saya bersama kawan-kawan telah memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi percutian kami pada cuti bulan Mei yang lalu. Apa yang menariknya saya boleh bersiar-siar dengan kereta yang disewa pada harga yang cukup murah. Walaupun percutian tersebut adalah "percutian badget" tapi saya merasa puas. Tempat yang paling best sekali adalah di kereta kebel. Bestnya tak terucap. Tapi awas bagi mereka yang gayat saya nasihatkan tidak perlu naiklah. Apabila menaiki kereta kebel, anda akan dapat melihat gugusan pulau-pulau di langkawi. Allah hu akbar, indah betul ciptaan Allah. Bagi anda yang belu sampai kesana, pergilah. CUTI_CUTI MALAYSIA. banyak yang perlu dilawati banyak lagi yang perlu diterokai. peace no war
tak sabarnya
tinggal seminggu lagi, saya dan kawan-kawan akan bertolak ke tenom untuk menyertai aktiviti rafting di sungai padas. Ini antara aktiviti extream yang tidak pernah saya lakukan namun bila melihat ada rakan-rakan yang pergi kesana, saya telah m,enyimpan impian untuk ke sana juga. Jika kita melayari internet, banyak yang saya tahu tentang sungai padas dimana tahap rapidnya adalah tahap 3 dan 4 dimana ia memerlukan kemahiran untuk mengemudi nanti. tapi takpelah saya akan cuba dan saya mengharapkan ianya satu percutian yang amat menyeronokkan nanti
Saturday, July 4, 2009
HARI KELUARGA SMK SUAI 2009
sambutan hari keluarga tahun ini memang berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya. apa yang pasti ia adalah pengalaman yang amat menyeronokkan kepada semua warga kerja di smk suai. tahun ini sambutan hari keluarga di buat di borneo tropikal rainforest resort, lambir, miri. terima kasih kepada ajk hari keluarga atas percutian yang amat menyeronokkan.
ISTIMEWANYA SMK SUAI
Mungkin ramai yang tidak mengenali Smk suai. Smk suai adalah sebuah sekolah yang terletak diluar bandar miri iaitu kira-kira 76km dari Bandaraya Miri. Walaupun jauh diluar bandar dan serba kekurangan saya amat gembira ditempatkan disebuah daerah yang dulunya saya tidak pernah terfikir untuk sampai ke sini. Sebagai seorang warga smk suai saya merasa begitu berbangga dan bersyukur kerana dipostingkan ke sekolah ini. Mungkin ramai yang hairan tapi itulah hakikatnya saya begitu berbangga dengan smk suai. Mungkin disini saya banyak belajar tentang hidup yang mana mungkin saya tidak dapat di tempat lain. Dengan majoriti penduduknya berbangsa Iban, saya cuba menyelami cara hidup, budaya, makanan dan banyak lagi. betul kata orang jauh perjalanan luas pemandangan. itulah istimewanya SMK suai. Setelah 5 tahun bertugas disekolah ini, banyak pengalaman manis yang diperolehi . terima kasih buat pihak pentadbir sekolah, rakan-rakan seperjuangan serta bekas -bekas pelajar serta pelajar smk suai kerana memberikan kenangan terindah buat saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)